Monday, 19 August 2013

Pengalaman Kerja yang OSEM!

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk bekerja part time di banyak tempat dan company, yang paling singkat sehari dan yang paling lama 5 bulan itu pun praktikal. Hehe. Yang aku nampak pekerja ni ada 2 jenis. Pertama, yang jenis kerja lompat-lompat. maksudnya kerja tak kekal, maybe sebab kerja tersebut kontrak, mungkin juga ingain mencari peluang kerja yang lebih baik. Pekerja jenis kedua pula, yang jenis keka; dengan sesebuah syarikat itu. Serious kagum dengan orang yang boleh stay lama bekerja. Tak rasa 'panas' ke kalau tetiba bukak newspaper or internet yang announce peluang kerja yang gaji nya jauh lebih tinggi? :P  Walau apa pun, kerja kekal or jenis lompat masing-masing ada pros and consnya (as usual)

Okey, Di sini aku listkan pengalaman kerja-kerja part time and trainee aku. Insyaallah, ada masa nanti aku perincikan kerja2 tersebut :)

  1. Nasi Lemak Simple, Kuantan - 2 bulan
  2. Kedai pakaian GreenPoint, Kuantan - Tak sampai seminggu! HAHA
  3. De Rhu Beach Resort, Balok, Kuantan - 3 bulan
  4. Latihan industri waktu Diploma di Group Five Holding, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur - 5 bulan
  5. Promoter Streamyx di Paka, Terengganu - 2 hari
  6. Security event - Stadium Putra Bukit Jalil. Jaga event MMA - Sehari
  7. Latihan Industri untuk Sijil pengukuhan INSEP - Kartika Juara, Shah Alam, Selangor - 2 Bulan
  8. Swiss Garden Resort, Sungai Karang, Kuantan - Sehari
  9. Air Craft interior Cleaner (AIC) ,KLIA Sepang - Sebulan
  10. Hassan Adli Boutique, Bazaar UIA, Kuala Lumpur - Sebulan
Ni Kerja yang aku sempat recall.



Tetibe teringat pula cerita 3 Idiots.. =)



Maka..... Lahirlah Jiwa Travel! " Musafir Sampai Sorga!" ~~

Assalamualaikum wbt

Tak lain tak bukan wujudnya Blog Musafir Sampai Mati ini adalah untuk aku abadikan pengalaman, pengembaraan hidup dengan harapan iktibar dan inspirasi kepada orang lain dan tak langsung sebagai diari peribadi aku. Kot-kotlah nanti aku dah nyanyuk ada jugak la backup data :P

"The world is a book, and those who do not travel read only one page" - St. Augustine  Alhamdulillah, ni antara motivasi aku untuk terus explore bumi ciptaan Allah. Tu sebab makin kita jauh berjalan, makin kita lebih terbuka dan berlapang dada dalam berhadapan sesuatu isu dan masalah.

Mungkin ada rakan-rakan di sini yang pernah membaca kisah hidup Imam Syafie. Beliau juga seorang pengembara dalam mencari ilmu. Malah, Beliau juga menggalakkan kita untuk mengembara. Jangan lupa setiap kali melangkah tu, betulkan niat :)

Pergilah bermusafir dengan penuh keyakinan.

Pasti kamu memperoleh semula segala apa yang kamu belanjakan.
Hidup pasti terasa nikmat selepas bekerja keras dan kuat usaha ketika berada di tempat orang.
Tasik yang tenang dan tidak mengalirkan airnya akan membusuk dan menjadi mati.

Seekor singa di hutan hanya dapat membaham mangsanya apabila ia keluar dari sarangnya.
Sekiranya kamu meninggalkan tempat kelahiran kamu bagi memperoleh kedudukan yang mulia ditempat yang baru,
kamu umpama emas yang sudah disepuh lagi tinggi nilainya.


Tinggalkanlah kampung halaman nenek moyang kamu .
Jangan gusar tentang perpisahanmu dengan sanak saudaramu.
Minyak ambar yang harum itu asalnya hanya kotoran binatang,
tetapi selepas ia terpisah dari tempatnya, ramai orang menyukainya.
Celak mata itu berasal daripada batu ditepi jalan.
Tetapi dapat menghiasai kelopak bulu mata manusia selepas meninggalkan pinggir jalan itu.

Pergilah bermusafir mencari kemuliaan ,
kerana dalam pengembaraan itu ada lima kelebihan iaitu menghilangkan kesedihan,
membina penghidupan baru ,
memperoleh ilmu ,
menguatkan jiwa
dan dapat bergaul dengan ramai manusia dari perlbagai perangai dan ragam.


~ Imam Syafie