Monday, 19 August 2013

Maka..... Lahirlah Jiwa Travel! " Musafir Sampai Sorga!" ~~

Assalamualaikum wbt

Tak lain tak bukan wujudnya Blog Musafir Sampai Mati ini adalah untuk aku abadikan pengalaman, pengembaraan hidup dengan harapan iktibar dan inspirasi kepada orang lain dan tak langsung sebagai diari peribadi aku. Kot-kotlah nanti aku dah nyanyuk ada jugak la backup data :P

"The world is a book, and those who do not travel read only one page" - St. Augustine  Alhamdulillah, ni antara motivasi aku untuk terus explore bumi ciptaan Allah. Tu sebab makin kita jauh berjalan, makin kita lebih terbuka dan berlapang dada dalam berhadapan sesuatu isu dan masalah.

Mungkin ada rakan-rakan di sini yang pernah membaca kisah hidup Imam Syafie. Beliau juga seorang pengembara dalam mencari ilmu. Malah, Beliau juga menggalakkan kita untuk mengembara. Jangan lupa setiap kali melangkah tu, betulkan niat :)

Pergilah bermusafir dengan penuh keyakinan.

Pasti kamu memperoleh semula segala apa yang kamu belanjakan.
Hidup pasti terasa nikmat selepas bekerja keras dan kuat usaha ketika berada di tempat orang.
Tasik yang tenang dan tidak mengalirkan airnya akan membusuk dan menjadi mati.

Seekor singa di hutan hanya dapat membaham mangsanya apabila ia keluar dari sarangnya.
Sekiranya kamu meninggalkan tempat kelahiran kamu bagi memperoleh kedudukan yang mulia ditempat yang baru,
kamu umpama emas yang sudah disepuh lagi tinggi nilainya.


Tinggalkanlah kampung halaman nenek moyang kamu .
Jangan gusar tentang perpisahanmu dengan sanak saudaramu.
Minyak ambar yang harum itu asalnya hanya kotoran binatang,
tetapi selepas ia terpisah dari tempatnya, ramai orang menyukainya.
Celak mata itu berasal daripada batu ditepi jalan.
Tetapi dapat menghiasai kelopak bulu mata manusia selepas meninggalkan pinggir jalan itu.

Pergilah bermusafir mencari kemuliaan ,
kerana dalam pengembaraan itu ada lima kelebihan iaitu menghilangkan kesedihan,
membina penghidupan baru ,
memperoleh ilmu ,
menguatkan jiwa
dan dapat bergaul dengan ramai manusia dari perlbagai perangai dan ragam.


~ Imam Syafie

No comments:

Post a Comment